Tips 01 : WINDOWS XP
Anda mempunyai komputer peribadi yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows
XP? Jika ya, tahukah anda bahawa komputer anda juga sama seperti kenderaan bermotor
yang perlu diservis dari semasa ke semasa? Apa yang anda boleh lakukan untuk memantapkan
prestasi komputer peribadi anda dengan Windows XP?
1. Lakukan penyelengaraan terhadap hard disk anda
Disk Defragmenter: Untuk mendapatkan akese yang lebih pantas pada kandungan hard disk
anda, defrag hard disk anda menggunakan Disk Defragementer sekurang-kurangnya sekali
dalam dua minggu. Anda juga dinasihatkan untuk melakukannya setelah memasang/install
perisian atau memasukkan fail dengan jumlah yang besar dan memakan ruang hard disk yang
besar, contohnya games, OS baru, dan lain-lain lagi.
Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.
Satu paparan seperti berikut akan dipaparkan.
Pilih hard disk yang ingin dilakukan defragmentation. Seterusnya, klik butang Analyse.Tunggu
untuk beberapa ketika dan satu paparan dialog box akan muncul memberitahu status hard disk
sama ada defragmentation diperlukan atau tidak. Klik pada butang Defragment.
Defragmentation akan dilaksanakan.
[NOTA: Jika ruang kapasiti kosong pada hard disk anda
kurang dari 15% dari keseluruhan kapasiti, maka satu paparan amaran akan dikeluarkan.
Pastikan kapastiti ruang kosong adalah lebih dari 15% sebelum melakukan defragment]
setelah
proses ini selesai, satu paparan akan muncul. Klik butang Close.
Scan Disk: Prorgram utiliti yang dapat digunakan untuk mengesan dan membaiki kerosakan
bad sector pada hard disk. Bad sector boleh menyebabkan data yang disimpan (save) rosak
atau tidak boleh ditulis semula selain menyumbang pada penurunan prestasi hard disk. Buka
tetingkap My Computer. Pilih hard disk/partition yang anda ingin laksanakan Scan disk dan klik
butang kanan pada mouse, pilih properties.