CARTA ORGANISASI SKLS 2010
LOGO SKLS
BENDERA SKLS
SEJARAH
Sk.Lui Selatan(f) ditubuhkan pada 3 Januari 1983 yang mana pada mulanya bangunan sekolah hanyalah disebuah stor baja di Pejabat Felda Lui Selatan 1 dengan bilangan murid seramai 107 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 2 orang.
Di awal 1984, sekolah telah dipindahkan ke bangunan kilat yang mempunyai 6 kelas dan 2 kelas lagi masih dijalankan di stor baja. Pada Januari 1985 bilangan murid semakin bertambah dan persekolahan dua sesi bermula. Pada 7 September 1985 sebuah bangunan 2 bilik darjah tambahan dibina dan disiapkan secara bergotong-royong dalam masa sebulan. Pada 3 Januari 1987 pula, sebuah lagi bangunan 4 bilik darjah dibuat secara bergotong - royong siap dibina.
Tanggal 15 Julai 1990, bangunan baru SK. Lui Selatan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dr. Abdul Ghaffar bin Baba iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
Persekolahan satu sesi bermula pada tahun 2000 dengan pembinaan satu lagi bangunan tambahan. Pembinaan makmal computer telah siap dibina pada tahun 2003 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2004. Sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk semua warga sekolah. Selain itu, aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah dilakukan berterusan demi keselesaan murid untuk belajar.
Pada tahun 2006 SK.Lui Selatan menerima seramai 393 orang murid yang terdiri daripada 13 buah kelas termasuk Pra Sekolah dan PKBP. Tenaga pengajar juga semakin bertambah mencapai jumlah 27 orang termasuk guru Besar. Pada awal Januari 2006 ini sekolah telah menerima 3 lagi tenaga pengajar baru iaitu guru program j-QAF. Manakala staff sekolah kini berjumlah 4 orang.
VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
FIZIKAL SEKOLAH YANG BAIK, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TERANCANG, SIKAP PENYAYANG, DISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB ADALAH PERLU UNTUK MEMBENTUK GENERASI YANG BERCITA-CITA MENJADI SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT / PELAJAR YANG BERILMU YANG SENTIASA BERUSAHA DAN SETERUSNYA BERJAYA / CEMERLANG DALAM BIDANG PENDIDIKAN SERTA MEMPUNYAI NILAI BAIK YANG SEIMBANG DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK MENCAPAI WAWASAN YANG ADA