Selasa, 26 Oktober 2010

Gerak Gempur ICT SK Lui Selatan

Pada 29 september 2010, Program Gerak Gempur ICT  Fasilitator Schoolnet Jempol dan Jelebu telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Lui Selatan. Gerak Gempur ICT ialah program yang dirancang atas dasar pemuafakatan semua Fasilitator Schoolnet yang bertugas di 32 buah sekolah dalam daerah Jempol dan Jelebu. Fasilitator Schoolnet mempunyai pelbagai kemahiran ICT yang sepatutnya disebarluaskan ke sekolah lain. Oleh yang demikian, program ini ialah platform yang paling tepat untuk bergerak menyebarluaskan ilmu, idea-idea dan kemahiran ICT. Antara objektif program ini ialah mempertingkat dan memperkembang program teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), merapatkan jurang kemahiran ICT masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar, dan memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan internet dalam urusan harian, perniagaan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan lain-lain. Program ini meliputi 2 slot iaitu ceramah berkaitan ICT dan pameran ICT. Gambaran program ini boleh di lihat di dalam gambar yang disediakan.

                 Pelajar beratur sebelum masuk ke dewan untuk slot ceramah

Persediaan pelajar untuk mendengar ceramah ICT
  khusyuk...pelajar menunjukan minat yang mendalam
Ceramah memperkenalkan perkakasan komputer oleh En. Jefrizain Mohd Rasid

Penceramah menunjukan komponen komputer yang penting

 Ceramah diteruskan oleh En. Mohd Zaki bin yakop dengan tajuknya Kepentingan ICT pada masa hadapan
BOOTH TM NET-Sementara itu diluar kelihatan kehadiran ibu bapa yang memeriahkan suasana program

BOOTH TM NET




 BOOTH TM NET


BOOTH PJLK (Pusat jalur lebar komuniti)- berjalan lancar

 BOOTH ABBASY TECHNOLOGY ENT- mengadakan jualan barangan komputer

Pelbagai jualan barangan komputer
Guru SK Lui selatan -EN. Mohd Noor Kamal melawat pameran yang disediakan

  Menarik, pelajar menunjukan minat terhadap penjualan barangan komputer


BOOTH DYNAMIK TECHNOLOGY SYSTEM- juga menjual barangan komputer

 BOOTH FASILITATOR- Keselamatan dan permainan ICT
      BOOTH FASILITATOR - Bersemangat untuk terus menyebarkan idea dan pengetahuan
 BOOTH FASILITATOR- KESELAMATAN DAN PERMAINAN ICT, pelajar menunjukan minat
 Pelajar berpusu-pusu ingin menyertai pertandingan
 Ceria, pelajar SKLS


 Pertandingan teka silang kata

 BOOTH MULTIMEDIA

BARISAN FASILITATOR SCHOOLNET YANG TERLIBAT

Fasilitator Schoolnet Jempol  dan Jelebu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar , Guru Penolong kanan, Guru-Guru SKLS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Juga tidak ketinggalan kepada para pelajar SKLS dan seluruh penduduk Felda Lui Selatan kerana sudi hadir memeriahkan program. Harapan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.
















1 ulasan:

  1. wah skls pun ade blog tasya hmairah ngan azmira pun baru ade blog hahahaha

    BalasPadam